PERKONGSIAN
Perkongsian adalah perniagaan yang dimiliki oleh beberapa rakan kongsi. Jumlah minima ahli di dalam perkongsian adalah seramai 2 orang dan maksimanya dua puluh orang.
Pemilihan rakan kongsi yang tepat adalah penting bagi kejayaan perniagaan kerana hubungan erat dan kerjasama di antara rakan kongsi amat perlu bagi kemajuan dan keharmonian perniagaan. Adalah wajar bagi rakan kongsi sesuatu perniagaan untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian sebelum memulakan perniagaan supaya peranan dan tanggungjawab setiap rakan kongsi dapat difahami dengan jelas.
Perkongsian ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan) 2015 dan ditadbir oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Penubuhan dan pendaftaran perkongsian adalah sama dengan penubuhan dan pendaftaran pemilikan tunggal yang telah dihuraikan di dalam topik βPemilikan Tunggalβ.Β Β Β Β
PERJANJIAN PERKONGSIAN
Perjanjian Perkongsian adalah perjanjian di antara rakan kongsi perniagaan.
Terma perjanjian perlu merangkumi:
- Butir rakan kongsi seperti nama mengikut kad pengenalan, nombor kad pengenalan dan alamat.
- Nama perniagaan atau firma.
- Modal yang disumbangkan oleh setiap rakan kongsi. Modal tidak semestinya di dalam bentuk pelaburan wang tetapi boleh dikira di dalam bentuk sumbangan yang lain seperti kepakaran dan perkhidmatan.
- Pembahagian pemilikan perkongsian iaitu samada perkongsian dimiliki sama rata oleh rakan kongsi atau sebaliknya. Pembahagian ini juga menentukan pengagihan keuntungan dan kerugian di antara rakan kongsi.
- Peranan dan tanggungjawab setiap rakan kongsi.
- Tempoh perkongsian.
- Penamatan perkongsian.
Walaupun Perjanjian Perkongsian boleh dibuat secara lisan, adalah wajar bagi perjanjian disediakan secara bertulis supaya terma dan syarat perkongsian adalah jelas bagi semua pihak. Perjanjian Perkongsian yang bertulis juga lebih mudah dibuktikan di dalam tindakan mahkamah sekiranya berlaku pelanggaran perjanjian.
Perjanjian Perkongsian perlu ditandatangani oleh setiap rakan kongsi. Duti setem yang dikenakan adalah nominal iaitu sebanyak RM10 bagi salinan asal dan setiap salinan pendua. Perjanjian Perkongsian perlu dilampirkan bersama Borang Pendaftaran Perkongsian supaya ia boleh dirujuk di dalam prosiding mahkamah sekiranya perlu.
Β Β
AKTA PERKONGSIAN 1961
Sekiranya tidak ada Perjanjian Perkongsian di antara rakan kongsi, peruntukan di dalam Akta Perkongsian 1961 akan digunapakai terhadap perkongsian walaupun peruntukan itu mungkin tidak selaras atau sama dengan niat atau kehendak rakan kongsi. Sebagai contoh, Akta Perkongsian 1961 memperuntukkan bahawa untung dan rugi akan dibahagikanΒ sama rata di antara rakan kongsi tanpa mengira jumlah sumbangan modal yang diberi walhal persetujuan sebenar di antara rakan kongsi mungkin berlainan.
Β
KELEBIHAN PERKONGSIAN
Kelebihan Perkongsian adalah >Β
- Penubuhannya adalah mudah dan murah.
- Pengurusan perniagaan boleh dipikul bersama oleh rakan kongsiΒ mengikut kepakaran masing-masing.
- Modal yang lebih besar dapat dikumpul kerana terdapat lebih dari seorang pemilik.
- Tidak perlu melantik setiausaha syarikat.
- Tidak perlu menyediakan akaun yang diaudit.
- Risiko perniagaan dan kerugian boleh ditanggung bersama oleh rakan kongsi.
- Keuntungan yang diperolehi daripada perkongsian adalah dianggap sebagai pendapatan rakan kongsi yang dikenakan cukai pada kadar individu yang rendah berbanding cukai korporat.
KELEMAHAN PERKONGSIAN
Kelemahan Perkongsian adalah >
- Penglibatan beberapa rakan kongsi di dalam perniagaan boleh mengakibatkan kepincangan pendapat dan pertelingkahan.
- Rakan kongsi mempunyai tanggungan yang tidak terhad di mana jika berlaku sebarang kerugian, tuntutan boleh dibuat terhadap harta peribadi rakan kongsi.
- Keuntungan perlu dibahagikan di antara rakan kongsi tertakluk kepada persetujuan di dalam Perjanjian Perkongsian ataupun Akta Perkongsian 1961.
- Tindakan yang diambil oleh seorang rakan kongsi di dalam perniagaan boleh mewujudkan liabiliti bagi semua rakan kongsi.
- Pengecualian cukai pendapatan bagi kadar individu adalah terhad kepada hal peribadi dan keluarga dan tidak merangkumi perbelanjaan perniagaan yang boleh diambil kira di dalam taksiran cukai korporat.
- Perkongsian akan tamat jika seorang rakan kongsi menarik diri, meninggal dunia atau bankrap.