Skip to main content

Hai!

I'm Azlin

Your  Head Coach

Pengasas dan Head Coach di SembangLegal.com – Peguambela dan Peguamcara selama 36 tahun – Penulis buku bertajuk ‘Panduan Undang-Undang Untuk Kejayaan Perniagaan’

Hai!

I'm Azlin

Your  Head Coach

Pengasas dan Head Coach di SembangLegal.com – Peguambela dan Peguamcara selama 36 tahun – Penulis buku bertajuk ‘Panduan Undang-Undang Untuk Kejayaan Perniagaan’.

My Story

Dato’ Azlin Ahmad Shaharbi adalah pengasas dan Head Coach di SembangLegal.com iaitu portal nasihat guaman yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan undang-undang di kalangan usahawan di Malaysia. Beliau juga adalah Managing Partner di firma guaman Tetuan Azlin Shaharbi & Associates yang ditubuhkan pada tahun 1990 semasa beliau berusia 26 tahun.

1980 : Dato’ Azlin mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur (CBN) sehingga 1980 dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat A-levels di Simon Langton Girls’ School, Canterbury, England.

1986 : Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (BA Law) dari University of Kent at Canterbury, England dalam tahun 1986 di mana beliau seterusnya mendapat kelayakan profesional guaman barrister-at-law di Council of Legal Education, London.

1987 – 1988 : Dato’ Azlin adalah ahli guaman Inner Temple di London dan beliau telah diterima masuk ke Majlis Guaman England pada November 1987 dan seterusnya diiktiraf sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya pada November 1988.

Di dalam kerjaya beliau sebagai peguambela dan peguamcara selama 36 tahun, Dato’ Azlin telah meraih pengalaman yang luas di dalam pelbagai bidang guaman dan telah memberi khidmat dan nasihat guaman kepada bank, institusi kewangan, syarikat multinational, syarikat korporat, badan statutori, agensi kerajaan dan pemaju hartanah.

2001 : Semasa penggunaan teknologi siber mula diperkenalkan di Malaysia, beliau telah dijemput untuk mengajar topik undang-undang siber di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) selama 2 tahun.

2010 : Dato’ Azlin menjadi ahli SME Expert Advisory Panel di SME Corp Malaysia bagi membantu usahawan IKS di dalam hal guaman.

Selain dari kerjaya profesional beliau sebagai peguam, Dato’ Azlin juga aktif di dalam membangunkan usahawan di Malaysia dan sering dijemput untuk memberi latihan undang-undang kepada usahawan.

Pada Tahun 2006

Dato’ Azlin Telah Menulis Buku Bertajuk ‘Undang-Undang Untuk Usahawan’

Selain dari kerjaya profesional beliau sebagai peguam, Dato’ Azlin juga aktif di dalam membangunkan usahawan di Malaysia dan sering dijemput untuk memberi latihan undang-undang kepada usahawan.

Pada Tahun 2006

Dato’ Azlin Telah Menulis Buku Bertajuk ‘Undang-Undang Untuk Usahawan’

Penampilan Head Coach
Di Media

Penampilan Head Coach
Di Media

Menyedari bahawa tahap pemahaman undang-undang di kalangan usahawan Malaysia adalah rendah, beliau terpanggil untuk berkongsi pengetahuan bagi membantu usahawan menjadi celik undang-undang yang tentunya akan dapat menjamin kelestarian dan kejayaan perniagaan mereka.

Dengan itu, pada 2006, Dato’ Azlin telah menulis buku bertajuk ‘Undang-Undang Untuk Usahawan’ iaitu sebuah buku yang ditulis secara mudah bagi mempertingkatkan kesedaran undang-undang di kalangan usahawan. Buku tersebut telah dilancarkan oleh DYMM Raja Perlis di mana Baginda pada masa itu adalah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia ke XII.

Ekoran Dari Kejayaan Buku Tersebut, Dato’ Azlin Telah Menerbitkan Edisi Kedua Pada Tahun 2011 Yang Bertajuk ‘Panduan Undang-Undang Untuk Kejayaan Perniagaan’.

Seperti Buku Yang Pertama, Buku Ini Juga Telah Disambut Baik Oleh Para Usahawan Serta Kementerian Dan Agensi Kerajaan Yang Terlibat Di Dalam Keusahawanan Kerana Buku Ini Merupakan Satu-Satunya Buku Guaman Yang Ditulis Khas Di Dalam Bahasa Malaysia Untuk Membantu Usahawan.

Ekoran Dari Kejayaan Buku Tersebut, Dato’ Azlin Telah Menerbitkan Edisi Kedua Pada Tahun 2011 Yang Bertajuk ‘Panduan Undang-Undang Untuk Kejayaan Perniagaan’.

Seperti Buku Yang Pertama, Buku Ini Juga Telah Disambut Baik Oleh Para Usahawan Serta Kementerian Dan Agensi Kerajaan Yang Terlibat Di Dalam Keusahawanan Kerana Buku Ini Merupakan Satu-Satunya Buku Guaman Yang Ditulis Khas Di Dalam Bahasa Malaysia Untuk Membantu Usahawan.

Semenjak terbitnya buku pertama pada tahun 2006, Dato’ Azlin sering dijemput untuk memberi latihan guaman kepada usahawan di mana penyampaian beliau yang mudah dan menarik telah membantu ramai usahawan di seluruh negara untuk memahami aspek guaman di dalam menjalankan perniagaan.

Pada 2016, satu kempen celik guaman bertajuk “Crash Course: Undang-undang Untuk Usahawan” telah dilaksanakan bersama Teraju di mana di dalam program ini, Dato’ Azlin telah memberi latihan guaman kepada usahawan di setiap negeri di Malaysia.

Sebagai kesinambungan di dalam perjuangan beliau untuk meningkatkan literasi undang-undang di kalangan usahawan, Dato’ Azlin telah terpanggil untuk membangunkan portal SembangLegal.com pada tahun 2022 sesuai dengan era digital masa kini. Portal ini memuatnaikkan tips dan info undang-undang dalam bentuk teks, video dan podcast untuk memberi akses yang mudah kepada usahawan tentang aspek undang-undang untuk bisnes. Impian Dato’ Azlin adalah untuk membina komuniti usahawan celik undang-undang di Malaysia.

Selain dari kerjaya profesional beliau sebagai peguam, Dato’ Azlin juga giat berkecimpung di dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Minat beliau untuk menyumbangkan masa dan tenaga secara sukarela telah bermula dari bangku sekolah lagi.

Semasa di University of Kent, beliau telah menjadi Presiden Persatuan Pelajar Malaysia dan pengalaman itu mengajar beliau menjadi pemimpin yang bertanggungjawab untuk menjaga hal-ehwal pelajar Malaysia di sana.

Sekembalinya dari England, Dato’ Azlin telah memulakan Persatuan Alumni University of Kent untuk graduan lepasan dari universiti beliau. Pada 1989, Dato’ Azlin dilantik sebagai Naib Presiden bagi Persatuan Graduan British Malaysia (BGAM) sehingga 2021 di mana beliau telah dilantik sebagai Timbalan Presiden. BGAM menyediakan jaringan niaga dan rangkaian bagi graduan-graduan British dan juga membantu pelajar untuk memasuki universiti di United Kingdom.

Dato’ Azlin mencipta sejarah sebagai wanita Melayu pertama menjadi Presiden Kelab Rotary di Malaysia apabila beliau dilantik selaku Presiden Kelab Rotary Bukit Kiara Sunrise pada tahun 1997. Dato’ Azlin kemudiannya pada tahun 1999 dilantik sebagai Setiausaha bagi Daerah Rotary 3300 yang merangkumi 54 kelab Rotary di Malaysia. Rotary International adalah pertubuhan antarabangsa yang giat di dalam kerja-kerja kebajikan di seluruh dunia.

Dalam bidang keusahawanan pula, Dato’ Azlin adalah Mantan Presiden bagi Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan dan Profesyen atau lebih dikenali sebagai Peniagawati. Beliau telah memimpin Peniagawati sebagai Presiden selama sepuluh tahun dari tahun 2012 hingga 2022 dan sebelum itu, beliau merupakan Timbalan Presiden 1 Peniagawati selama 8 tahun. Peniagawati adalah persatuan usahawan wanita yang tertua sekali di Malaysia yang telah ditubuhkan pada 1980 dan kini mencecah usia 43 tahun. Ahli Peniagawati terdiri dari 1500 usahawan wanita dari pelbagai industri yang berusia dari 18 hingga 94 tahun termasuk usahawan wanita yang baru memulakan perniagaan serta usahawan wanita yang tersohor di Malaysia.

Di Bawah Kepimpinan Dato’ Azlin, Peniagawati Telah Melaksanakan Pelbagai Program Untuk Membangunkan Usahawan Wanita Bumiputera.

Termasuk penganjuran kursus keusahawanan, membuka pasaran baru, melebarkan jaringan niaga, menganjurkan misi dagangan antarabangsa, mendidik usahawan baru serta menjalankan banyak program usahasama bersama kementerian dan agensi kerajaan.

Sebagai pemimpin usahawan yang telah lama aktif di dalam landskap keusahawanan malaysia, Dato’ Azlin berjaya menyatukan beberapa persatuan usahawan wanita di bawah gabungan National Federation of Women Entrepreneur Associations Malaysia.

Visi Dato’ Azlin selaku pengerusi gabungan ini adalah untuk menggabungkan persatuan usahawan wanita di bawah satu payung supaya dapat bertindak dalam satu suara bagi meningkatkan lagi prestasi usahawan wanita di malaysia melalui libaturus dengan kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dalam keusahawanan.

Dato’ Azlin sering dijemput sebagai penceramah dan moderator bagi persidangan antarabangsa, forum dan seminar di mana beliau telah berkongsi pengalaman bersama ramai peserta. Bagi sumbangan beliau di dalam bidang keusahawanan, Dato’ Azlin telah menerima beberapa anugerah termasuk ASEAN Leading Women Entrepreneur Award 2016 dari Timbalan Presiden Vietnam di Hanoi, Vietnam.

Di Bawah Kepimpinan Dato’ Azlin,
Peniagawati Telah Melaksanakan
Pelbagai Program Untuk
Membangunkan Usahawan
Wanita Bumiputera.

Di Bawah Kepimpinan Dato’ Azlin,
Peniagawati Telah Melaksanakan
Pelbagai Program Untuk
Membangunkan Usahawan
Wanita Bumiputera.

Pada Disember 2018

Dato Azlin telah dilantik sebagai ahli Majlis Keusahawanan Pendidikan Tinggi Nasional (MKPTN) oleh Menteri Pendidikan bagi membantu mengembangkan kemahiran dan pemikiran dalam bidang keusahawanan di kalangan pelajar di peringkat pengajian tinggi.

Pada Disember 2018 Dato Azlin telah dilantik sebagai ahli Majlis Keusahawanan Pendidikan Tinggi Nasional (MKPTN) oleh Menteri Pendidikan bagi membantu mengembangkan kemahiran dan pemikiran dalam bidang keusahawanan di kalangan pelajar di peringkat pengajian tinggi.

Pada Mac 2021 Dato’ Azlin dilantik oleh Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia sebagai ahli Majlis Pekerjaan Negara bagi membantu usaha Kerajaan untuk menangani isu pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pada bulan Jun 2022 Dato’ Azlin telah menerima lantikan sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat bagi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Pada tahun 2022 : Dato Azlin telah dilantik sebagai Profesor Adjung di Binary University of Management & Entrepreneurship.

Pada usia 44 tahun Dato’ Azlin telah menerima anugerah ‘Darjah Paduka Mahkota Perak’ pada 19 Ogos 2008 yang dikurniakan oleh DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Shah.

Anugerah yang membawa gelaran ‘Dato’ ini mengiktiraf sumbangan yang diberikan oleh Dato’ Azlin kepada profesyen guaman, pembangunan usahawan dan pemerkasaan wanita.

Dato’ Azlin amat minat bermain muzik dan telah belajar secara sendiri untuk bermain guitar, piano, saksofon dan dram.

Di zaman muda beliau, beliau sering membuat persembahan bersama kumpulan di dalam majlis makan malam. Walaupun Dato’ Azlin adalah pemain saksofon yang amateur, beliau telah diberi penghargaan untuk membuat persembahan di hadapan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung sempena sambutan Hari Wanita.

Dari Sudut Peribadi Pula, Dato’ Azlin Gemar Membaca Dan Mempunyai Koleksi Buku Merangkumi Pelbagai Topik Yang Dibeli Dari Seluruh Dunia. Beliau Juga Sering Berkunjung Ke Luar Negara Atas Dasar Kerja Atau Melancong Untuk Meluaskan Minda.